Wednesday, February 22, 2012

That me is P-I-P-I-T ?


Enggang dan pipit tak mungkin kan bersatu.. Namun si pipit masih mengharap.Enggang selalu mendabik dada memandang ke awan. sedangkan pipit menunduk malu,terpaku menatap bumi ,masakan mampu terbang bersama.Enggang, terbang megah membelah angkasa. Tinggi terbangnya. Pipit, si lemah yang tiada apa-apa. berkicamemecah kesunyian pagi. Terbangnya re

Pipit memuji dan memuja Enggang. Pipit cuba menjadi Enggang. Dilebarkan sayapnya agar turut terbang tinggi. Kasihan Enggang melihat Pipit. Lalu, Enggan turun bersama-sama dengan Pipit. Terbanglah mereka bersama seketika. Pipit bahagia. Dia mampu bersama dengan Enggang.

Di satu masa. Enggang terbang tinggi. Mengejar sekawan Enggang yang lain yang sama taraf dengannya. Biar burung lain tahu, Enggang bukannya milik Pipit semata-mata. Enggang juga mahu mengejar Enggang lain yang lebih kekar, lebih megah, lebih bidang dadanya.

Tinggallah Pipit sendirian mengharun angin yang bertiup. Kekiri dan kekanan tanpa haluan. Tiada lagi Enggan yang sering menemaninya dulu. Enggang sudah punya teman baru. Pipit tinggal sendiri.

Kini Pipit sedar diri. Pipit tetap Pipit biar pun Enggang mendampingi. Pipit bukan Enggang untuk dipuja puji. Pipit cuma mengemis cinta yang pergi.

Akulah Pipit itu.



suka dan like saje :)