Friday, February 20, 2015

Without You 230124

Setiap manusia yang hidup dekat dunia ini mesti perna merasai kepedihan yang paling mendalam. Begitu juga dengan diri aku. Siapa yang boleh menerima orang yang paling disayangi dan dicintai bersama dengan orang lain. Walaupun 7 tahun sudah berlaku namum aku masih tidak dapat melupakan diri nya. kesetiaan dia pada diri aku mampu bertahan selama 5 tahun sahaja. Tuhan memberikan dia cinta yang baru selepas aku. Pengakhiran cinta kami berakhir setelah aku mendapat tawaran meneruskan pengajian aku di peringat Diploma. Pada ketika itu kami berdua berusia 19 tahun. Ketika itu aku sudah berumur 21 tahun, Alhamdulilah aku berjaya menamatkan  pengajian ku selama 3 tahun.  Dia masih berjaya mempertahan kesetiaan dia pada diri aku tanpa penganti ku. Tahun demi tahun sehinggalah tahun lepas, aku menerima satu berita yang amat menyedihkan diri aku. 2014 , march tuhan menghadirkan seorang wanita untuk menyerikan kehidupan diri. Pada mulanya aku tidak percaya. Aku merasakan dia saja untuk buat  aku cemburu. Bulan demi bulan aku mengikuti perkembangan dia dengan peganti aku. Sehinggakan tahun ni 2015, Jan  10 adalah hari pertunangan dia dengan perempuan yang mengantikan diri aku. Aku dapat tahu lambat sebulan selepas itu. Ketika itu hanya tuhan yang mengetahui betapa pedihnya hati aku merasainya.


Hasil carian imej untuk pelamin anganku musnah lirik


Dia kini telah bergelar tunangan orang. Kini baru aku percaya yang dia sudah jauh melupakan diri aku. Kadang-kadang aku terpikir adakah salah diri ini yang menyebabkan dia merima cinta dari orang lain. Lagi menyedihkan diri ini ketika mendapat tahun yang mereka akan melangsungkan pernikahan merka pada tahun ini. Aku betul-betul merasakan kehilangan cinta dia. Kalau aku dan dia tidak mendapat tentangan dari keluarga masing-masing ketika itu, pasti kami berdua telah bahagia. Aku tidak menyalahkan yang maha pencipta yang menghadirkan rasa suka,sayang dan cinta  antara mereka berdua. Aku percaya tuhan sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk diri aku selain dia yang bernama Hasshide Bin Rapiyee. Aku disini mendoakan kebahagian diri dia bersama perempuan yang mengantikan diri aku didalam hatinya.


   
 Sampai sekarang cincin couple masih lagi aku simpan walaupun jari manis aku sudah tidak muat lagi, aku jadikan cincin tersebut sebagai loket rantai. Sebagai simbolik kesetiaan aku pada diri dia. Handphone Nokia Music adalah tanda penyatuan dan perngakhiran percintaan kami berdua. Aku tetap menyimpahnya didalam stok peribadiku.






Apa yang setiap orang merasakan kepedihan hati apabila melihat orang yang kita cintai menjadi milik orang lain. Sejujurnya aku merasai kepedihan yang dia sudah menerima kehadiran orang baru didalam kehidupannya. Bukan begini yang aku harapkan pengakhiran cinta kami. Tetapi amu kena menerimanya dengan hati yang sangat tenang. Aku percaya yang dia sudah bahagia dan aku tidak akan mengharapkan dia  untuk kembali semula pada diri aku kerna dia sudah ada penganti diri aku dan penganti diri aku itu akan menjadi yang halal pada diri dia. Hasshide kau tetap dalam anganku dan pelamin anganku musnah dan salam sejahtera buat diri mu yang akan akan mendirikan tenda biru bersama orang yang kau cintai.




suka dan like saje :)